LG LG G2 Manuale utente

BAHASA MELAYU
简体中文
ENGLISH
Panduan mula ringkas
快速入门指南
Quick start guide
www.lg.comMBM64396618 (1.0)


BAHASA MELAYU
Untuk memuat turun panduan pengguna versi lengkap terkini,
pergi ke www.lg.com pada PC atau komputer riba anda.
Panduan mula ringkas
Do you know* memperkenalkan anda kepada ciri-ciri utama baru bagi G2. Ini
tersedia pada telefon:
1. Daripada Skrin utama, seret ke kiri sehingga anda melihat skrin Do you know.
2. Ketik skrin Do you know dan ketik untuk mengetahui setiap ciri.
* Memerlukan sambungan data.
** Untuk menyembunyikan skrin Do you know, ketik > > Tetapan skrin
utama > buang tanda Do you know?.

2
Gambaran keseluruhan
Alat cuping
telinga
Kanta Kamera
Sensor Kedekatan
Kanta Kamera
Menghadap ke Depan
Bicu Alat Dengar
Mikrofon
Pembesar suara
Kekunci
Menu: Periksa
pilihan yang
tersedia.
Kekunci Utama:
Kembali ke skrin
utama dari mana-
mana skrin.
Kekunci Kembali:
Kembali ke skrin
sebelumnya. Keluar
dari aplikasi selepas
menggunakannya.
Kekunci Volum
(Skrin semasa
dimatikan)
- Tekan Lama
ke Atas untuk
melancar
QuickMemo
- Tekan Lama ke
Bawah untuk
melancar
Kamera
Kekunci
Kuasa/Kunci
DEPAN
BELAKANG
ATAS
BAWAH
Mikrofon
Skrin sentuh
Flash
Pengecas/Port USB
LED IR

3
Persediaan
NOTA:
Pastikan kawasan sesentuh emas pada kad menghadap ke bawah.
Sebelum anda mula menggunakan telefon, anda perlu masukkan kad micro-USIM.
Memasang kad micro-USIM
Apertur butang keluar
Butang keluar adalah apertur bulat kecil di bawah pintu dulang.
Untuk memasang kad micro-USIM baru:
1. Masukkan alat mengeluarkan micro-USIM yang disertakan
bersama telefon (atau pin halus) ke dalam apertur butang keluar,
dan tekan dengan lembut sehingga dulang tersebut muncul.
2. Alih keluar dulang dan letakkan kad micro-USIM ke dalamnya,
dengan bahagian sentuhan di luar dan penjuru bersudut di
sebelah kanan. Hanya terdapat satu cara yang mungkin untuk
memuatkan kad dengan elok ke dalam dulang.
3. Dengan berhati-hati ubah kedudukan dulang di dalam slot dan
tolakkannya dengan perlahan ke dalam telefon semula.

4
Pada kali pertama anda menghidupkan telefon, anda akan dipandu menerusi beberapa
langkah penting untuk mengkonfigurasi tetapan telefon.
Menghidupkan telefon
Kekunci
Kuasa/Kunci
Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci selama dua saat.
PETUA! Jika telefon berkunci dan tidak berfungsi, tekan dan tahan
kekunci Kuasa/Kunci selama 10 saat untuk mematikannya.
Mengecas telefon
• Port mengecas terdapat di bahagian bawah telefon.
• Masukkan salah satu hujung kabel pengecas ke dalam telefon,
dan plag masuk hujung yang satu lagi ke dalam soket elektrik.
• Untuk memaksimumkan jangka hayat bateri, pastikan bateri dicas
sepenuhnya sebelum anda menggunakannya pada kali pertama.
AMARAN!
Hanya gunakan pengecas, bateri dan kabel yang disokong LG. Apabila menggunakan
pengecas atau kabel yang tidak diluluskan, ia boleh menyebabkan pengecasan bateri yang perlahan atau
mesej pop timbul berkenaan pengecasan yang perlahan. Atau, pengecas atau kabel yang tidak diluluskan
boleh menyebabkan bateri meletup atau merosakkan peranti, di mana ia tidak dilindungi oleh waranti.
Persediaan

5
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut
garis panduan ini mungkin merbahaya atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi
radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar
Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon bimbit model
ini telah direka bentuk
untuk mematuhi keperluan keselamatan yang dikenakan
bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini
adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk
margin keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan
keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan
kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio
menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar
Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon
memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi
dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai
model telefon LG, semuanya direka bentuk untuk
memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi pendedahan
kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan Pengion Antarabangsa
(International Commission on Non-Ionizing Radiation
Protection) (ICNIRP) ialah 2W/kg dipuratakan ke atas
10g tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi untuk model ini yang diuji untuk
penggunaan telinga ialah 0.409W/kg (10g) dan apabila
dipakai pada badan ialah 0.470W/Kg (10g).
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan
RF apabila digunakan sama ada dalam kedudukan
penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan
pada jarak sekurang-kurangnya 1.5cm dari badan. Apabila
bekas pembawa, klip tali pinggang atau pemegang

6
digunakan untuk pengendalian pemakaian pada badan,
ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu
meletakkan produk pada jarak sekurang-kurangnya 1.5cm
dari badan anda. Untuk memindahkan data fail dan
mesej, peranti ini memerlukan sambungan berkualiti pada
rangkaian. Dalam beberapa kes, pemindahan fail data
atau mesej mungkin ditangguhkan sehingga sambungan
tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti
sehingga pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang
diluluskan untuk digunakan bersama model tertentu
telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang
berkaitan dengan telefon, dan mungkin berbahaya.
• Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia
kepada juruteknik servis yang layak jika kerja pembaikan
diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG,
mungkin termasuk penggantian bahagian atau papan yang
sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan kefungsiannya
sebanding dengan bahagian yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan
komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti
radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal
atau kejutan.
• Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan
anda berbuat demikian oleh undang-undang khas.
Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia
mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

7
• Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah
semasa telefon sedang dicas. Ia boleh menyebabkan
terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan
rosak teruk.
• Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang
mudah terbakar kerana telefon bimbit akan menjadi panas
dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian
luar unit ini (jangan gunakan pelarut seperti benzena,
pencair atau alkohol).
• Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
• Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang
berlebihan.
• Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket
pengangkutan; ia boleh menjejaskan maklumat pada
jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia
boleh merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati.
Jangan sentuh antena jika tidak diperlukan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan
atau membaiki kaca yang pecah, sumbing atau retak.
Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan
disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
• Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana
haba pada penggunaan biasa. Sentuhan langsung
dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam
keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan
mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh
itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan
telefon anda atau betul-betul selepas menggunakannya.
• Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta
merta untuk mengeringkan ia sepenuhnya. Jangan cuba
untuk mempercepatkan proses mengering dengan sumber
pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar gelombang
mikro atau pengering rambut.

8
• Cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label
produk dalam telefon anda. Kerosakan pada peranti
anda akibat pendedahan kepada cecair tidak diliputi oleh
waranti anda.
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan,
yang boleh menjejaskan prestasi.
• Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran
kelengkapan perubatan tanpa meminta kebenaran. Elakkan
meletak telefon di atas perentak jantung, contohnya, di
dalam poket dada anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu
oleh telefon mudah alih.
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio,
PC, dsb.
• Guna telefon anda dalam suhu di antara 0ºC dan 40ºC,
jika boleh. Mendedahkan telefon anda kepada suhu
yang terlampau rendah atau tinggi akan mengakibatkan
kerosakan, malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai
penggunaan telefon mudah alih di kawasan tempat anda
memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa
memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
• Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat
atau menjawab panggilan jika keadaan pemanduan
memerlukan anda berbuat demikian.
• Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem
elektronik di dalam kenderaan anda seperti stereo kereta
dan kelengkapan keselamatan.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Altri manuali per LG G2
33
Questo manuale è adatto per i seguenti modelli
1
Indice
Lingue:
Altri manuali LG Telefono cellulare
Manuali Telefono cellulare popolari di altre marche

Blackbe;rry
Blackbe;rry Q10 Manuale utente

Blackbe;rry
Blackbe;rry Bold 9900 Manuale utente

Blackbe;rry
Blackbe;rry STORM 9500 - VERSION 5.0 Manuale utente

ISAFE MOBILE
ISAFE MOBILE IS655.2 Manuale utente

Blackbe;rry
Blackbe;rry CURVE 8300 - SMARTPHONE Manuale utente

Blackbe;rry
Blackbe;rry 8707 - VERSION 4.1 Manuale utente



































