LG LG-V500 Manuale utente

Panduan mula ringkas
快速入门指南
Quick start guide
LG-V500
www.lg.com
BAHASA MELAYU
简体中文
ENGLISH
MBM64358431 (1.0)


BAHASA MELAYU
Panduan mula ringkas
LG-V500
Untuk memuat turun panduan pengguna versi lengkap terkini,
pergi ke, pergi ke www.lg.com pada PC atau komputer riba.

2
Gambaran keseluruhan
DEPAN BELAKANG
ATAS BAWAH
Port
Pengecas/
USB
Mikrofon
Kanta kamera
Pembesar
Suara
Skrin sentuh
Bicu Fon
telinga
LED IR
Slot Kad microSD
Kekunci
Kuasa/Kunci
Kekunci volum
Kanta Kamera
Menghadap ke
Depan
Sensor Cahaya
Sekitar

3
Slot kad memori terletak di bahagian atas tablet.
a
Matikan tablet sebelum memasukkan atau mengeluarkan
kad memori.
b
Letakkan kuku jari anda di potongan dan tarik keluar dulang
kad memori. Masukkan kad memori ke dalam slot dengan
sentuhannya menghadap ke bawah. Tolak dulang perlahan-
lahan ke dalam tablet.
NOTA: Jangan keluarkan kad microSD tanpa menyahlekapnya
dahulu. Jika tidak, kad memori, juga tablet anda, mungkin
akan rosak dan data yang disimpan pada kad memori
mungkin akan tercemar. Untuk mengeluarkan kad memori
dengan selamat, sentuh > Tap Apl > Tetapan > Storan
dari PERANTI > Menyahlekap kad SD.
Menghidupkan tablet anda
Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci selama beberapa saat.
TIP! Jika telefon berkunci dan tidak berfungsi, tekan
dan tahan kekunci Kuasa/Kunci selama 8 saat untuk
mematikannya.
Memasang kad memori the memory card

4
NOTA: Untuk keselamatan anda, jangan mengeluarkan bateri yang dimasukkan dalam produk. Jika anda hendak
mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics atau wakil penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.
• Port pengecas terletak di bahagian bawah tablet.
• Masukkan salah satu hujung kabel pengecas ke dalam tablet, dan
hujung yang satu lagi ke dalam pengecas kemudian cucukkan
palam ke dalam soket elektrik.
• Untuk memaksimumkan jangka hayat bateri, pastikan bateri dicas
sepenuhnya sebelum anda menggunakannya pada kali pertama.
AMARAN! Gunakan aksesori pengecasan yang diluluskan LG sahaja. Apabila menggunakan
pengecas atau kabel yang tidak diluluskan, ia boleh menyebabkan pengecasan bateri yang perlahan atau
mesej pop timbul berkenaan pengecasan yang perlahan. Atau, pengecas atau kabel yang tidak diluluskan
boleh menyebabkan bateri meletup atau merosakkan peranti, di mana ia tidak dilindungi oleh waranti.
QPair
Dengan menyambungkan tablet dan telefon mudah alih menggunakan
QPair, anda boleh menyegerakkan isyarat panggilan dan mesej masuk
serta rangkaian sosial antara tablet dan telefon mudah alih anda.
a
Jalankan QPair dan ketik Persediaan awal > Mula pada tablet anda dahulu
dan kemudian jalankan langkah yang sama pada telefon anda.
Tip! QPair mungkin tidak diprapasang di telefon anda. Pergi ke Google Play Store
dan cari Qpair dan pasang.
NOTA: QPair berfungsi dengan telefon yang menjalankan Android 4.1 atau lebih
terkini. Sesetengah ciri mungkin terhad bergantung pada model telefon anda.
b
Sambungan Bluetooth akan dihidupkan secara automatik.
Mengecas tablet

5
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak
mengikut garis panduan ini mungkin merbahaya atau
tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian
dibina di dalam peranti anda akan mengumpulkan
log kesilapan. Alat ini mengumpulkan data yang
khusus kepada lalai sahaja, seperti kekuatan isyarat
dan aplikasi yang dimuatkan. Log hanya digunakan
untuk membantu menentukan punca bagi kesilapan.
Log ini dienkripsi dan hanya boleh diakses oleh
Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya anda perlu
mengembalikan peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan
Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Model peranti tablet LG-V500 ini telah direka
bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan yang
dikenakan terhadap pendedahan kepada gelombang
radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan
saintifik yang termasuk margin keselamatan yang
direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua
orang tanpa mengira umur dan kesihatan.
• Garis panduan pendedahan kepada gelombang
radio menggunakan unit ukuran yang disebut
sebagai Kadar Penyerapan Khusus (SAR). Ujian
bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang
dipiawaikan dalam keadaan peranti memancar pada
aras kuasa tertinggi yang diperakui dalam semua
jalur frekuensi yang digunakan.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR
pelbagai model peranti LG, semuanya telah direka
bentuk untuk memenuhi garis panduan yang
relevan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya
mengenai Perlindungan Sinaran Bukan-Ion
Antarabangsa (ICNIRP) ialah 2W/kg dipuratakan ke
atas 10g tisu.
• Nilai SAR tertinggi bagi peranti ini apabila dipakai
di badan, seperti yang diterangkan dalam panduan
pengguna ini, ialah 0.720W/kg.
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan
RF apabila digunakan sama ada dalam kedudukan
penggunaan normal pada telinga atau apabila
diletakkan pada jarak sekurang-kurangnya
0.00cm dari badan. Apabila bekas pembawa,
klip tali pinggang atau pemegang digunakan
untuk pengendalian pemakaian pada badan, ia
tidak sepatutnya mengandungi metal dan perlu
meletakkan produk sekurang-kurangnya 0.00cm
menjauhi badan anda.
Untuk memancarkan fail data atau mesej, peranti
ini memerlukan sambungan yang berkualiti kepada
rangkaian. Dalam beberapa kes, pemindahan fail
data mungkin ditangguhkan sehingga sambungan
tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan
diikuti sehingga pemindahan selesai.

6
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Notis untuk penggantian bateri
• Untuk keselamatan anda, jangan
mengeluarkan bateri yang dimasukkan dalam
produk. Jika anda perlu menggantikan bateri,
bawanya ke pusat perkhidmatan Elektronik
LGatau penjual untuk mendapatkan bantuan.
• Bateri Li-Ion ialah komponen berbahaya yang
boleh menyebabkan kecederaan.
• Penggantian bateri oleh pakar yang tidak
berkelayakan boleh menyebabkan kerosakan
kepada peranti anda.
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori
yang diluluskan untuk digunakan bersama
model tertentu peranti ini. Penggunaan
sebarang jenis lain boleh mentaksahkan
sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan
dengan peranti ini dan mungkin berbahaya.
• Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. Bawa
ia kepada juruteknik servis yang layak jika kerja
pembaikan diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara
LG, mungkin termasuk penggantian bahagian atau
papan yang sama ada baru atau yang diperbaiki,
asalkan kefungsiannya sebanding dengan bahagian
yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan
komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba
seperti radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran
mekanikal atau kejutan.
• Matikan peranti di mana-mana tempat yang
memerlukan anda berbuat demikian oleh undang-
undang khas. Contohnya, jangan gunakan peranti
anda di hospital kerana ia mungkin mengganggu
peralatan hospital yang sensitif.
• Jangan kendalikan peranti dengan tangan
yang basah semasa ia sedang dicas. Ia boleh
menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan
peranti mungkin akan rosak teruk.
• Jangan cas peranti berhampiran bahan yang
mudah terbakar kerana peranti akan menjadi panas
dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan
bahagian luar unit ini (jangan gunakan pelarut
seperti benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas tablet di atas perabot yang lembut.
• Peranti hendaklah dicas di kawasan
berpengudaraan baik.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

7
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk
yang berlebihan.
• Jangan simpan peranti di sebelah kad kredit atau
tiket pengangkutan; ia boleh menjejaskan maklumat
pada jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana
ia boleh merosakkan tablet.
• Jangan dedahkan peranti kepada cecair atau
kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-
hati. Jangan sentuh antena jika tidak diperlukan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk
mengeluarkan atau membaiki kaca yang pecah,
sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca
kerana ia disia-siakan dan disalahgunakan adalah
tidak diliputi oleh waranti ini.
• Tablet anda adalah peranti elektronik yang menjana
haba pada penggunaan biasa. Sentuhan langsung
dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan
dalam keadaan pengudaraan tidak mencukupi
mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau
melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-
jaga apabila mengendalikan peranti anda atau
betul-betul selepas menggunakannya.
• Jika peranti anda basah, tanggalkan plag dengan
serta merta untuk mengeringkan ia sepenuhnya.
Jangan cuba untuk mempercepatkan proses
mengering dengan sumber pemanasan luaran,
seperti ketuhar, ketuhar gelombang mikro atau
pengering rambut.
• Cecair dalam peranti basah anda mengubah warna
label produk dalam peranti anda. Kerosakan pada
peranti anda akibat pendedahan kepada cecair
tidak diliputi oleh waranti anda.
• Guna tablet anda dalam suhu di antara 0ºC dan
40ºC, jika boleh. Mendedahkan peranti anda
kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi
akan mengakibatkan kerosakan, malfungsi atau
letupan.
Operasi peranti yang cekap
Peranti elektronik
Semua peranti tablet mungkin mendapat gangguan,
yang boleh menjejaskan prestasi.
• Jangan gunakan peranti tablet anda berhampiran
kelengkapan perubatan tanpa meminta kebenaran.
Elakkan meletak tablet di atas perentak jantung,
contohnya, di dalam poket dada anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin
diganggu oleh peranti tablet.
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV,
radio, PC, dsb.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai
penggunaan peranti tablet di kawasan tempat anda
memandu.
• Jangan gunakan peranti pegang tangan semasa
memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.

8
• Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah
sistem elektronik di dalam kenderaan anda seperti
stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara,
jangan halangnya dengan kelengkapan wayarles
yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin
tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan
serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
• Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan
berjalan, sila pastikan bahawa volum berada pada
paras yang berpatutan agar anda sedar akan
keadaan di sekeliling anda. Ini khususnya amat
penting jika anda berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon
telinga dan fon kepala boleh menyebabkan
kehilangan pendengaran.
Untuk mencegah kerosakan pendengaran,
jangan mendengar pada tahap volum yang
tinggi untuk tempoh yang panjang.
• Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku
jika anda terdedah kepada bunyi yang kuat untuk
tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan
agar anda tidak menghidupkan atau mematikan
tablet berhampiran dengan telinga anda. Kami juga
mengesyorkan bahawa volum muzik dan panggilan
ditetapkan kepada paras yang berpatutan.
• Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan
volum jika anda tidak dapat mendengar orang yang
bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang
yang duduk di sebelah anda dapat mendengar apa
yang sedang anda dengar.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti tablet anda dibuat
daripada kaca. Kaca ini akan retak atau pecah jika
peranti anda terjatuh di atas permukaan yang keras
atau menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah,
jangan sentuh atau cuba untuk menanggalkannya.
Berhenti menggunakan peranti anda sehingga kaca
diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan tablet di mana peletupan sedang
dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut sebarang aturan
dan peraturan.
Persekitaran boleh meletup
• Jangan gunakan tablet di tempat mengisi minyak.
• Jangan gunakan berhampiran bahan api atau
bahan kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar,
cecair atau bahan letupan di dalam ruang yang
sama dengan yang mengandungi peranti tablet
anda dan aksesorinya.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Altri manuali per LG-V500
16
Indice
Lingue:
Altri manuali LG Tavoletta

LG
LG G Pad 7.0 LG-V400 Manuale utente

LG
LG LG-V900 Manuale utente

LG
LG LG-K120E Manuale utente

LG
LG GPad F2 8.0 Manuale utente

LG
LG LG-V935 Manuale utente

LG
LG LGV909DW Manuale utente

LG
LG LG-V500 Manuale utente

LG
LG G Pad F2 8.0 Manuale utente

LG
LG G PAD 8.0 LG-V480 Manuale utente

LG
LG LM-T600MS Manuale utente































