
3
ARAHAN PENYELENGGARAAN
PEMBERSIHAN
Kipas ini hanya memerlukan penyelenggaraan yang sedikit. Jangan cuba
membaiki kipas ini dengan sendiri. Sila rujuk kepada juruteknik berkelayakan,
jika perlu.
1. Tanggalkan plag sebelum langkah pembersihan dan pemasangan
dijalankan.
2. Pastikan bahagian motor mempunyai pengaliran udara yang baik. Pastikan
bukaan saluran masuk angin pada belakang penutup motor bebas daripada
habuk. Jangan membuka kipas ini bagi membuang habuk.
3. Lap bahagian luaran dengan kain lembut yang dibasahi dengan bahan
pencuci yang sederhana.
4. Jangan gunakan apa-apa bahan pencuci atau pelarut yang melelas bagi
mengelakkan permukaannya daripada tercalar.
Jangan gunakan mana-mana satu daripada berikutnya sebagai bahan
pencuci: gasoline, pencair.
5. Jangan biarkan air atau apa-apa cecair lain mengalir ke dalam pelindung
motor atau bahagian dalaman.
1. Pastikan plag ditanggalkan dari bekalan elektrik sebelum pembersihan
dijalankan.
2. Bahagian plastik hendaklah dibersihkan dengan kain lembut yang
dibasahi dengan sabun yang sederhana. Lapkan lapisan sabun dengan
sepenuhnya menggunakan kain kering.
PELUPUSAN:
Jangan lupuskan peralatan elektrik sebagai sisa buangan kawasan bandar
yang tidak diasingkan. Sila gunakan kemudahan pengumpulan yang
berasingan. Sila hubungi kerajaan tempatan untuk dapatkan maklumat
mengenai sistem pengumpulan yang sedia ada.
Jika peralatan elektrik dilupuskan di tapak pelupusan atau tempat
pembuangan sampah, bahan berbahaya akan bocor dan meresap ke
dalam air bawah tanah dan masuk ke rantai makanan, seterusnya
memudaratkan kesihatan dan kesejahteraan anda.