
5
Sila baca arahan-arahan keselamatan pengendalian dan penggunaan dengan teliti.
PERHATIAN
AMARAN
ARAHAN KESELAMATAN PENGENDALIAN
1. Sekiranya kord kuasa sudah rosak, ia mesti diganti oleh pengilang
atau ejen perkhidmatannya atau orang berkelayakan yang
seumpamanya bagi mengelakkan sebarang kebahayaan.
2. Untuk menghindari risiko berlakunya kejutan elektrik, jangan
rendamkan unit ini, kord atau plagnya di dalam air atau cecair
yang lain.
3. Perkakas ini bukan direka untuk digunakan oleh individu (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya fizikal, deria atau mental, atau
kurang pengalaman dan pengetahuan melainkan pengawasan
atau arahan penggunaan perkakas ini telah diberi oleh orang yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka. Kanak-kanak
hendaklah diawasi bagi memastikan mereka tidak
mempermainkan perkakas ini.
4. Apabila perkakas ini tidak digunakan dan sebelum kerja
pembersihan, cabut plagnya dari soket.
5. Jauhkan peralatan elektrik daripada dicapai oleh kanak-kanak atau
orang kurang upaya. Jangan biarkan mereka menggunakan kipas
ini tanpa pengawasan.
6. Setelah kipas ini dipasang, penghadang pemutar bilah tidak boleh
ditanggalkan sama sekali.
- Tanggalkan plag kipas sebelum kerja pembersihan dijalankan.
- Penghadang pemutar tidak boleh ditanggal/dibuka bagi mencuci
bilah pemutar.
- Lap penutup kipas dan penghadang pemutar bilih dengan kain
yang sedikit basah.
1. Jangan masukkan jari, pensil, atau apa-apa objek lain menerusi penghadang
ketika kipas ini sedang berpusing.
2. Tanggalkan plag sebelum kipas ini dipindah dari satu tempat ke tempat lain.
3. Pastikan kipas ini diletakkan pada permukaan yang stabil ketika beroperasi bagi
mengelakkan ia daripada terbalik.
4. Jangan letakkan kipas ini di tepi tingkap kerana air hujan mungkin menimbulkan
kebahayaan.
5. Hanya untuk kegunaan di dalam rumah.